Perihal & Fitur
- Gelintar dan main pustaka muzik setempat anda.
- Dengar radio internet Spotify, Grooveshark, SomaFM, Magnatune, Jamendo, SKY.fm, Digitally Imported, JAZZRADIO.com, Soundcloud, Icecast dan Subsonic servers.
- Gelintar dan main lagu yang anda telah muat naik Box, Dropbox, Google Drive, dan OneDrive
- Cipta senarai main pintar dan senarai main dinamik.
- Senarai main bertab, import dan eksport M3U, XSPF, PLS dan ASX.
- Sokongan lembaran CUE.
- Main CD audio.
- Pengvisualan dari projectM.
- Lirik dan biografi serta foto artis.
- Transkod muzik menjadi MP3, Ogg Vorbis, Ogg Speex, FLAC atau AAC.
- Sunting tag dalam fail MP3 dan OGG, urus muzik anda.
- Peroleh tag yang hilang dari MusicBrainz.
- Temui dan muat turun Podcast.
- Muat turun seni kulit album yang hilang dari Last.fm dan Amazon.
- Berplatform-silang - boleh digunakan dalam Windows, Mac OS X dan Linux.
- Pemberithaun desktop tabii dalam Linux (libnotify) dan Mac OS X (Growl).
- Kawalan jauh menggunakan Peranti Android, Wii Remote, MPRIS atau baris-perintah.
- Salin muzik ke dalam iPod, iPhone, pemain USB MTP atau storan USB anda.
- Pengurus baris gilir.
Clementine merupakan pemain muzik dan penyusun pustaka yang modern
Clementine ialah pemain muzik berbilang platform. Ia diilham oleh Amarok 1.4, menumpukan antaramuka yang pantas dan mudah digunakan untuk menggelintar dan memainkan muzik anda.
Clementine Jauh
Kawal Clementine secara jauh menerusi telefon Android andaCekupan Skrin
Tab senarai main, semasa mendengar lagu dari pelbagai perkhidmatan Internet |
Penyepaduan Subsonic |
Melayari senarai main melalui apl Android |
Mengawal main balik melalui apl Android |
Berita
Versi 1.3.1 dilepaskan - Selasa 19 Apr 2016
Baiki pepijat yang mana penarafan terpadam ketika menatar dari versi lebih lama.
Versi 1.3 dilepaskan - Jumaat 15 Apr 2016
Keluaran ini diserasikan dengan Aplikasi Clementine Jauh untuk Android yang membolehkan anda kawal Clementine secara jauh melalui peranti Android.
Keluaran ini juga menambah sokongan untuk mencapai muzik anda di dalam Vk.com dan Seafile. Sila rujuk log perubahan penuh untuk maklumat lanjut.
Versi 1.2 dilepaskan - Ahad 13 Okt 2013
Keluaran ini diserasikan dengan Aplikasi Clementine Jauh untuk Android yang membolehkan anda kawal Clementine secara jauh melalui peranti Android.
Keluaran ini juga menambah sokongan untuk Subsonic. Dan anda kini dapat mendengar muzik yang anda simpan di dalam Box, Dropbox, Skydrive dan Ubuntu One. Fitur baharu utama yang terakhir ialah keupayaan "suka" senarai main anda, supaya anda dapat menutupnya dan pulih ia kembali melalui tab "Senarai main" baharu yang kami tambah dalam palang sisi kiri.
Sila rujuk log perubahan penuh untuk maklumat lanjut.
Versi 1.1 dilepaskan - Khamis 25 Okt 2012
Keluaran ini menambah sokongan Podcast yang lama ditunggu-tunggu termasuklah penyepaduan dan penyegerakan dengan gpodder.net. Muzik dari Soundcloud dan jazzradio.com kini tersedia di dalam tab Internet pada palang sisi, serta mana-mana lagu yang anda muat naik ke dalam Google Drive. Clementine kini juga menunjukkan palang suasana bagi muzik yang anda main dari cakera setempat anda. Sila rujuk log perubahan penuh untuk maklumat lanjut.
Versi 1.0 dilepaskan - Selasa 27 Dis 2011
Keluaran ini menambah sokongan Spotify, Grooveshark dan SKY.fm/Digitally Imported. Kami juga menambah fitur Gelintar Sejagat yang membolehkan anda cari muzik lebih mudah sama ada di dalam pustaka anda atau di Internet. Lain-lain fitur termasuklah sokongan CD audio, lagi pilihan transkoder, dialog tetapan yang dipertingkatkan, gelintar kulit album lebih pintar, dan banyak pembaikan pepijat. Sila rujuk log perubahan penuh untuk maklumat lanjut.
Versi 0.7 dilepaskan - Ahad 27 Mac 2011
Dalam keluaran ini Clementine mendapat dialog sunting tag serba baru dengan auto-pelengkapan dan keupayaan mengenalpasti muzik secara automatik dan mendapatkan tag yang tiada melalui MusicBrainz. Lembaran CUE kini disokong - ia dikesan secara automatik bila mengimbas pustaka anda dan setiap trek akan ditunjukkan secara berasingan. Kami telah buat banyak penambahbaikan berskala kecil seperti menunjukkan kulit album dalam tab pustaka, memalapkan lagu yang dipadam, pilihan "Tunjuk dalam pelayar fail", sokongan untuk proksi rangkaian, pilihan "Imbas semula pustaka penuh", dan satu tip alat baharu untuk pelungsur trek yang dapat membantu anda jangkau lebih tepat pada tempat tertentu dalam sesebuah lagu. Sila rujuk log perubahan penuh untuk maklumat lanjut.
Versi 0.6 dilepaskan - Sabtu 11 Dis 2010
Keluaran ini fiturkan dua anak tetingkap maklumat baharu yang menunjukkan lirik, statistik lagu, biografi artis, foto dan senarai tag dan artis serupa. Kami telah mereka semula palang sisi (walaupun anda boleh tukar kembali dengan mengklik kanan padanya), dan juga penarafan, kiraan main dan kiraan langkau. Anda boleh cipta senarai main pintar dan dinamik dari lagu anda di dalam pustaka anda, serta kini dapat mendengar muzik dari Jamendo dan stesen radio Icecast. Sila rujuk log perubahan penuh untuk maklumat lanjut.
Versi 0.5 dilepaskan - Sabtu 18 Sep 2010
Keluaran ini menambah sokongan untuk penggunaan peranti mudah alih dengan Clementine. Anda kini boleh menyalin lagu ke dalam iPod, iPhone, peranti storan MTP atau storan USB anda. Sila rujuk wiki untuk maklumat lanjut. Sokongan untuk penggunaan Wii Remote sebagai kawalan jauh juga telah ditambah. Lain-lain fitur termasuklah Pengurus Baris Gilir, Urus dialog fail, meregang lajur secara automatik dalam senarai main, memuatkan seni kulit muka terbenam id3v2, lagi pilihan pengimbasan pustaka, seret dan lepas diantara senarai main, dan hypnotoad. Kami juga kurangkan masa permulaan lebih dari separuh, membaiki kebocoran ingatan dan kurangkan pengguna CPU ketika memainkan muzik. Sila rujuk log perubahan penuh untuk maklumat lanjut.
Versi 0.4 dilepaskan - Selasa 29 Jun 2010
Keluaran ini fiturkan senarai main bertab, gelintar senarai main, pengvisualan projectM, penyepaduan Magnatune, penormalan volum ReplayGain dan transkod muzik. Kami telah menyelesaikan banyak pepijat - proses menggelintar pustaka bersaiz besar kini lebih pantas, main balik lebih dipercayai pada WIndows, masalah pengekodan aksara telah dibaiki, dan senarai main jauh dapat dimuatkan lebih baik pada kebanyakan masa.
Versi 0.3 dilepaskan - Sabtu 08 Mei 2010
Dalam keluaran ini kami bertukar ke GStreamer untuk semua platform, bermaksud penganalisis dan penyerap-silang diantara trek kini berfungdi pada Windows. Fitur baharu termasuklah penyama, lagi pilihan pengelompokan pustaka, OSD lebih cantik, kawalan jauh menerusi baris-perintah dan MPRIS, dan penyuntingan tag lebih mudah.
Versi 0.2 dilepaskan - Selasa 23 Mac 2010
Baru sahaja satu bukan kami melepaskan versi pertama Clementine. Versi baharu ini fiturkan seni-kulit album, pengesanan "Artis Pelbagai" lebih baik, sokongan untuk memuatkan senarai main, dan banyak lagi.